Asal Usul informasi: Mutiara Naga Coffee Table Book #4: World Guide. Jika anda benar-benar hendak belajar mengenai geografi Mutiara Naga, maka belilah buku ini!! ^_^. |
Sebagai rujukan, kita akan menggunakan peta Dunia Mutiara Naga.
Nampakkah anda bagaimana keadaan peta ini? Ianya dibahagi kepada beberapa bahagian yang penting. Dengan berdasarkan koordinat, bahagian A-1 merupakan tempat di mana bahagian 1 dan bahagian A bertemu. Okeylah.. kalau tak faham pun kena mulakan jugak..
A-1 Barat Laut.
Inilah tempat di mana Majin Buu membina rumahnya semasa kisah
Buu dalam Mutiara Naga. Di sini juga terdapat hutan belantara di mana
tempat telur kepunyaan Cell menetas.
A-2 Utara Tengah Kiri
Tempat di mana Kapal angkasa Babidi pernah berada, ini juga tempat di mana dia
telah membebaskan Majin Buu. Majin Bezita and Son Goku juga telah bertempur di
kawasan ini, yang mana ia telah memberikan kemungkinan untuk Babidi membebaskan Buu
dengan gelombang yang mereka keluarkan. Permainan Cell juga diadakan di kawasan ini,
dan di sinilah juga di mana Raja Syaitan Pikor asal telah mengugut Pemimpin Tentera
di dalam Mutiara Naga.
A-3 Utara Tengah Kanan
Makmal Dr. Gero berada di sini sebelum ianya dimusnahkan.
A-4 Timur Laut
Menara Pengawasan kepunyaan Tentera Selendang Merah berada di kawasan ini.
B-1 Barat Tengah
Menara Karin yang terkenal itu terletak di sini ^_^, dan si sinilah juga markas
tentera Selendang Merah berada, di sinilah juga terdapat dinasoryang cuba membawa
Bulma pergi untuk dimakan di dalam mutiara naga.
Istana Dewa juga terdapat di sini.Ia berada tepat sekali di atas Menara Karin .
B-2 Tengah (kiri)
Di sinilah tempat Bezita dan Son Goku berlawan pertama kali. Di sini juga
merupakan tempat tinggal Trunks masa depan di dimensi lain itu. Bandar Barat
terletak
di sini iaitu kawasan Syarikat Kapsul berada.
B-3 Tengah (kanan)
Istana raja pilaf berada di sini. Di sini juga letaknya bandar yang
dikawal oleh Geng Arnab. Di sini jugalah rumah Yamu berada.
B-4 Timur Tengah
Di sini ialah Bandar Satan!!! Kawasan ini juga terdapat rumah Son Goku,
Rumah datuk Goku juga letaknya di sini. Iaitu Son Gohan.
C-1 Barat Daya.
Goku dan Bezita berlawan dengan Mahaguru Syaitan Babidi di sini. Rumah Baba
juga terletak di sini dan di sini juga terletak lokasi rumah Yamu.
C-2 Tengah Selatan
Goku menjumpai Yazirobel di sini. Di sini juga Goku berlawan dengan Bezita dalam
jilid #19 and #20.
C-3 Kepulauan Selatan.
Perlawanan kungfu antarabangsa diadakan di kepulauan ini!!!
C-4 Kepulauan Tenggara
Rumah Datuk Kame terletak di sini, dan juga tempat Goku dan Bezita
berlatih di bawah pengawasan Kame!